Cari:
Farah: Perjalanan di Jiangxi (22 April 2011)
2011-04-23 09:15:54 CRI Cetak


Pagi sejuk yang berkabus

Petang semalam setelah mendaki sebahagian dari gunung Sanqing, kami tiba di sebuah rumah penginapan di celah-celah gunung. Tempat penginapan itu cukup cantik, bilik-bilik tetamunya dibahagikan kepada beberapa buah bangunan kecil yang diantaranya ada halaman. Setiap halaman dihiasi dengan pokok-pokok bunga, batu, pasu dan arca yang kecil dan comel.

Hari ini, dari tengah malam lagi hujan sudah turun. Sejuk betul rasanya pagi ini. Nasib baiklah ada selimut tebal dalam bilik. Selepas sarapan kami terus bertolak ke destinasi hari ini, iaitu Gunung Sanqing. Aktivitinya pula? Mendaki gununglah, apa lagi?


Hijau betul Gunung Sanqing

Jalan ke kawasan pendakian berliku-liku macam ular kena palu. Kalau ada yang mudah mabuk darat, lebih baik pejam mata dan tidur saja. Tapi kalau boleh, janganlah tidur, sebab memang rugi kalau terlepas pemandangan di kiri kanan jalan itu.

1 2 3 4 5 6 7
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China