Gunung Longhu. Long bermaksud naga dan Hu bermaksud harimau dalam bahasa Mandarin. Kawasan peranginan gunung Longhu luasnya kira-kira 220 kilometer persegi. Tahun lalu gunung ini disenaraikan warisan budaya sedunia.
Nama gunung ini asalnya bukan Longhu, tetapi Yunjin. Menurut mitos, ada 99 ekor naga berada dalam gunung ini. Selain itu, ada juga harimau. Naga dan harimau berperang untuk merebut gunung ini.
Ada pula satu lagi pendapat bahawa gunung ini diberikan nama Longhu sebab bentuk batu dan puncak gunung ini mirip naga yang panjang dan berliku-liku serta harimau yang kuat.