Cari:
Gunung Sanqing Menggamit Kedatangan Pelancong
2011-05-23 09:44:48 CRI Cetak

Anda juga pasti tidak melepaskan peluang pada setiap inci perjalanan untuk mengambil gambar sebagai satu kenangan seumur hidup yang tidak boleh dilupai.

Cuaca yang berkabus sedikit sebanyak menjejaskan kualiti pemandangan namun ia bukanlah sesuatu yang boleh menjadikan masalah kerana yang penting setiap inci perjalanan itu anda pasti akan berkata "wow" dengan apa yang anda lihat di sekitar Gunung Sanqing yang sangat cantik dan menawan itu.


Batu yang berbentuk seperti tongkat yang terbentuk sejak berabad lamanya

Anda pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakang "Batu Pisau", "Batu Perempuan", "Batu Kura-kura" dan yang lebih istimewanya "Batu Dewi".

Namun untuk melihat Batu Dewi yang batunya seperti seorang perempuan sedang duduk bertafakur, anda terlebih dahulu perlu sampai ke puncak.

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China