Cari:
Bola Mutiara
2011-05-25 11:29:24 CRI Cetak

Pertandingan Bola Mutiara berkembang daripada kerja penyelam mutiara. Ia merupakan acara sukan tradisional etnik Man.

Permainan ini terdiri daripada dua pasukan dengan 6 orang menggunakan keluasan padang seluas 28 meter dan 15 meter lebar. Padang terbahagi kepada kawasan berair, kawasan halangan dan kawasan skor. Masa yang diperuntukkan dalam dua pusingan iaitu separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Masing-masing 15 minit dengan tambahan separuh masa 10 minit. 3 pemain akan berada di kawasan air untuk melakukan serangan atau pertahanan. Mereka boleh menggerakkan bola mutiara ke mana-mana di kawasan itu untuk menghantarnya kepada teman sepasukan di kawasan skor. Dua lagi dari pasukan lawan akan menggunakan raket untuk menghalang Bola itu di kawasan halang. Manakala seorang lagi akan menunggu di kawasan skor untuk menangkap mutiara (bola) menerusi teman sepasukan dengan jaringan yang dibawanya. Markah diberi kepada pihak yang berjaya menangkap mutiara di kawasan tersebut. Pasukan yang mendapat pungutan mata tertinggi dianggap menang. Permukaan bola itu diperbuat daripada getah atau kulit berwarna putih seberat kira-kira 300 gram, dan raket serta jaringan itu berdiameter 25 sentimeter.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China