Perlumbaan bot naga merupakan acara yang mengumpulkan ramai pendayung. Perlumbaan ini juga menjadi salah satu acara yang disertai paling ramai peserta dalam sukan etnik minoriti kebangsaan. Bagi memeriahkan suasana perlumbaan, pukulan gong dan dram dibunyikan disamping sorakan penonton menggamatkan lagi suasana perlumbaan ini umpama satu Pesta.
Acara ini diadakan secara meluas dan popular dalam kalangan etnik Zhuang, Miao, Dai, Bai dan Tujia.