Acara menembak dan memanah dalam sukan Olikpik diketahui umum. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang memanah dengan busur silang. Ia merupakan sejenis sukan yang bersejarah bagi etnik minoriti di provinsi Yunnan, Guizhou, Hainan, Hunan dan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
Busur silang mula digunakan sebagai alat memburu di Negeri Chu pada Zaman Perperangan dalam sejarah China, iaitu kira-kira pada tahun 475 hingga 221 sebelum Masihi. Disebabkan ketepatan panah yang diluncurkan tanpa berbunyi dan mudah pembuatannya, alat ini digunakan secara meluas, malah menjadi senjata pasukan tentera.
Seiring dengan perkembangan masyarakat dan peradaban manusia, memanah dengan busur silang telah menjadi salah satu acara sukan yang digemari etnik minoriti.