Cari:
Chengde
2011-05-30 09:46:55 CRI Cetak

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang

Chengde ialah bandar pelancongan yang indah di bahagian utara China, kira-kira 200 kilometer di sebelah timur laut Beijing. Dengan kedudukan geografinya yang dikelilingi gunung-ganang dan bersebelahan dengan padang rumput di sebelah utaranya, tempat peranginan ini menjadi pilihan utama para pelancong yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota dan cuaca panas.

Chengde penuh dengan unsur-unsur budaya tradisional. Pada zaman Dinasti Qing (tahun 1644-1919), bandar ini menjadi ibu kota kedua negara China selain Beijing. Setiap musim panas, maharaja pasti mengunjungi Chengde untuk mengelakkan cuaca panas sambil menjalankan aktiviti memburu. Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang yang dibina pada masa itu ialah taman diraja yang paling luas dan masih wujud hingga sekarang. Dengan menggabungkan seni bina unik di bahagian utara dan bahagian selatan, taman itu menampilkan gaya seni bina yang cukup istimewa.

Taman Peranginan Diraja Bishushanzhuang dan kuil-kuil di sekitarnya telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia pada tahun 1994.

Orang Chengde bersedia mengongsi cara hidup dan budaya mereka dengan pelancong-pelancong dari seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China