Dali juga merupakan antara kawasan di sempadan barat daya China yang paling awal diterokai. Dengan anugerah tanah yang subur, iklim yang sederhana serta pemandangan alam semula jadi yang indah permai, daerah ini menjadi antara destinasi pelancongan yang diminati ramai di seluruh dunia.
Dali cukup kaya dengan budaya etnik. Sebagai pusat politik, ekonomi dan budaya di provinsi Yunnan, sejak beratus-ratus tahun yang lalu, ramai sarjana dan sasterawan dari pelbagai tempat berkumpul dan berinteraksi di Dali sehingga menghasilkan banyak rakaman sejarah dan karya sastera yang tinggi nilainya.
Penduduk etnik Bai yang mewakili majoriti penduduk di Dali sangat berbudi bahasa. Banyak modal insan yang berbakat dilahirkan di sini. Mereka menyumbang bahan-bahan pustaka yang bernilai untuk memperkaya khazanah sejarah dan kebudayaan China.