Cari:
Jingdezhen
2011-05-30 09:49:46 CRI Cetak

Tiang lampu yang diperbuat daripada tembikar.

Jingdezhen, bandar di provinsi Jiangxi di bahagian tenggara China ini, ialah "kota tembikar" yang terkenal di dunia. Justeru, ia telah dimasukkan dalam senarai bandar sejarah dan budaya peringkat negara.

Sejarah penghasilan tembikar di bandar Jingdezhen dapat ditelusuri hingga ke lebih 1,700 tahun lalu. Tapak peninggalan bengkel tembikar, teknik membuat produk tembikar serta adat resam dan budayanya, menjadi sumber pelancongan berasaskan kebudayaan yang cukup unik di bandar ini. Sekarang, seni pertukangan tembikar ini sudah menjadi warisan budaya bukan benda peringkat negara China.

Pentingnya warisan budaya di Jingdezhen ini dapat dilihat daripada jumlah produk tembikar kuno yang begitu besar yang sudah digali keluar atau masih tersimpan di bawah tanah. Malahan, bandar ini masih mengekalkan sistem industri tembikar kuno yang kompleks dan lengkap, yang melibatkan hampir semua aspek berkaitan dengan sosioekonomi dan semangat budaya.

Alat-alat muzik tembikar.

Di bandar Jingdezhen, anda boleh mengunjungi Pusat Pameran Adat Resam Jingdezhen untuk menyaksikan pameran produk tembikar kuno, serta proses membuat produk tembikar secara manual.

Kita boleh menemui banyak kata untuk menggambarkan kecantikan produk tembikar keluaran Jingdezhen, namun jika anda benar-benar mengunjungi bandar ini dan menyaksikan proses penghasilan produk tembikar, anda hanya berasa kagum sahaja. Sejarah bandar Jingdezhen bukan hanya dicatat dalam buku sejarah, malah dibuktikan dengan warisan produk tembikar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China