Laluan Sutera merupakan laluan utama bagi orang dunia Timur dengan Barat menjalankan kerjasama dan pertukaran perdagangan dan kebudayaan pada zaman purbakala. Sementara itu, Laluan Sutera Laut dikenali sebagai laluan laut utama, dan laluan ini bermula dari Quanzhou.
Masjid Qingjing
Pada zaman abad ke-13 Masihi, Quanzhou merupakan pelabuhan yang terbesar di negeri China, dan juga antara pelabuhan utama di dunia. Orang dari negara, kaum dan agama yang berbeza-beza tinggal di Quanzhou dan meninggalkan warisan kebudayaan yang pelbagai dan mengagumkan. Pada masa ini, Quanzhou diisytiharkan sebagai "pusat pemaparan kepelbagaian budaya dunia" dan "muzium agama dunia".