Shaoxing dikenali sebagai "Venice Timur" kerana sungai-sungai yang bersimpang-siur di bandar ini.
Arak beras yang dikeluarkan di Shaoxing amat terkenal. Ramai pelancong yang melawat ke bandar ini pasti pergi ke restoran, minum arak sambil menikmati pemandangan yang indah.
Opera Yue, opera tempatan Zhejiang.
Selain itu, terdapat banyak kedai yang menjual lukisan dan tulisan tradisional China.
Shaoxing dianugerahkan "bandar habitat" oleh PBB dan dipilih sebagai bandar yang penduduknya berasa paling bahagia di negeri China pada tahun 2008.