Kota purba Jiaohe di Turpan.
Turpan terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, wilayah paling ke barat laut negeri China. Turpan dikenali sebagai pusat perhubungan antara utara dan selatan Xinjiang, bahkan China dengan Asia Tengah. Perhubungan antara pelbagai tempat yang sering dilakukan menjadikan bandar ini penuh dengan unsur kebudayaan dan agama.Selain itu, Turpan terletak dalam Laluan Sutera yang bermula dari bandar Xi'an. Laluan Sutera dikenali sebagai laluan utama bagi orang Timur dan Barat menjalankan perhubungan dan pertukaran perdagangan dan kebudayaan pada zaman purba. Ramai pedagang melalui bandar ini dan mereka meninggalkan banyak warisan sejarah.
Turpan juga dianggap salah sebuah bandar pelancongan di kawasan barat China. Ia mempunyai pemandangan padang pasir dan hutan yang indah, selain itu, kota purba, masjid dan lukisan pada gunung juga amat menarik.
Buah-buahan yang dikeluarkan dari Turpan, seperti anggur, tembikai Hami dan aprikot amat sedap dan manis serta dieksport ke seluruh dunia.