Cari:
Xiamen
2011-05-30 10:04:52 CRI Cetak

Pulau Gulangyu, bandar Xiamen

Xiamen terletak di provinsi Fujian, di pesisir tenggara China. Walaupun sejarah bandar ini kurang lama kalau dibandingkan dengan kebanyakan bandar bersejarah di negara ini, namun Xiamen juga mempunyai keistimewaan kebudayaannya.

Pada pertengahan abad ke-19, Xiamen menjadi satu daripada lima buah bandar yang paling awal terbuka kepada negara luar. Pulau Gulangyu pula menjadi tempat pembinaan kediaman pedagang, konsul dan pendakwah asing. Ini membawa kepada panggilan "muzium bangunan dunia" kepada pulau yang kecil ini.

Walaupun "muzium bangunan dunia" cuma panggilan sahaja, tetapi memang terdapat dua buah muzium di pulau Gulangyu, Xiamen, iaitu Muzium Piano Kuno Eropah dan Amerika, dan Muzium Organ. Dalam kedua-dua muzium ini, masing-masing tersimpan beratus-ratus buah alat muzik yang bernilai.

Universiti Xiamen di bandar ini pula dianggap mempunyai kampus yang paling indah di seluruh negara China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China