Tasik Barat Lampai
Yangzhou terletak di provinsi Jiangsu, timur China. Dua batang sungai utama di negeri China bertembung di bandar Yangzhou, iaitu Sungai Yangtze dan Terusan Beijing-Hangzhou.Lebih 1,000 tahun yang lalu, Yangzhou sudah menjadi bandar yang makmur dan ramai orang berkunjung ke sini. Lebih 300 tahun yang lampau pula, Yangzhou mencapai kecemerlangannya dan menjadi bandar ke-8 terbesar di China. Jumlah penduduknya pada ketika itu mencatat 500 ribu orang, dan dikenali salah sebuah daripada 10 bandar terbesar di dunia pada abad ke-18 dan ke-19 Masihi.
Gadis-gadis memetik daun teh.
Yangzhou mempunyai sejarah lebih 2,500 tahun. Terdapat sejumlah besar warisan sejarah di bandar ini. Antaranya terusan yang paling bersejarah di negeri China, makam maharaja Dinasti Han dan Dinasti Sui, tapak peninggalan kota purba zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, taman-taman serta jalan-jalan yang bersejarah.
Tasik Barat Lampai dianggap destinasi pelancongan utama di bandar Yangzhou.