Memperkukuh kerjasama ekonomi merupakan kunci bagi menyelesaikan masalah ketidakseimbangan perdagangan antara China dan AS.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika bertemu dengan Presiden AS, Barack Obama di Bali.
Katanya, AS sepatutnya segera bertindak untuk melonggarkan sekatan ke atas produk teknologi canggih yang dieksport ke China, di samping memberi kemudahan kepada syarikat China yang ingin melabur di negaranya. Beliau berjanji akan terus menggalakkan usaha untuk membaiki mekanisme membentuk kadar tukaran RMB bagi meningkatkan keanjalannya.
Obama pula mencadangkan supaya perselisihan perdagangan antara kedua-dua negara diselesaikan dengan semangat kerjasama dan permuafakatan.