Pada 3 Disember 1941, siaran bahasa Jepun Radio Xinhua mula dipancarkan dari Yan'an, provinsi Shaanxi. Dengan tertubuhnya CRI, ia juga membuka lembaran penyiaran ke luar negara China. Untuk memperingati hari yang bersejarah ini, CRI telah melancarkan aktiviti "Kembali ke Tempat Asal" pada 9 November 2011, melawat ke Yan'an serta merasmikan papan peringatan siaran bahasa Jepun. Naib Presiden CRI, Wang Yunpeng, Naib Datuk Bandar Yan'an, Feng Jihong dan lebih 100 orang tetamu menyertai aktiviti ini.