Cari:
15 Saat Cemerlang di Hong Kong pada 15 Tahun Lalu
2012-06-27 12:50:33 CRI Cetak
Tarikh 1 Julai tahun 1997, saat yang menarik perhatian global, saat yang mengharukan bagi semua orang China. Hong Kong kembali ke pelukan tanah air setelah terpisah selama seabad setengah. Mengimbau kembali 15 tahun yang lalu, saat yang menggembirakan, menyedihkan, mengujakan terbentang di depan mata. Ia memberikan keyakinan dan harapan kepada kita terhadap masa depan Hong Kong.

Tahun 1997: Pengembalian Hong Kong ke Tanah Air

Pada pukul 1 Julai tahun 1997, bendera China dan panji Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dinaikkan dengan iringan lagu negara. Perisytiharan ini bermakna Repuklik Rakyat China memulihkan kedaulatannya terhadap Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong ditubuhkan secara rasmi. Ini juga menandakan, orang Hong Kong menjadi tuan rumah sebenar di wilayah tersebut. Hong Kong mula menempuh jalan baharu "satu negara dua sistem" dan "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong".

Tahun 1998: Terselamat dari Krisis Kewangan Asia

Pada 28 Ogos tahun 1998, dengan sokongan kuat kerajaan pusat, kerajaan wilayah Hong Kong memperuntukkan dana dalam jumlah besar untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat tindakan spekulator antarabangsa. Hong Kong akhirnya memenangi peperangan kewangan ini. Pada awal September, spekulator mengakui kegagalan. Dengan ini, ekonomi Hong Kong berkembang ke arah kemakmuran setelah mengatasi kesukaran tersebut.

Tahun 1999: Hong Kong Sambut Dua Ekor Panda

Pada 17 Mei tahun 1999, dua ekor panda "Anan" dan "Jiajia" menempati tempat tinggal baharu di taman panda Hong Kong. Dalam tempoh belasan tahun kemudian, panda yang comel menggembirakan penduduk Hong Kong, khususnya kanak-kanak. Lebih 1.6 juta orang mengunjungi panda ini setiap tahun.

Tahun 2000: Tabung Simpanan Mandatori Dekati Kehidupan Penduduk

Pada 1 Disember tahun 2000, Hong Kong melaksanakan rancangan tabung simpanan mandatori. Semua pekerja yang berusia 18 hingga 65 tahun terlibat dalam pelan berkenaan. Sekurang-kurangnya 5% pendapatan mereka disimpan ke dalam tabung tersebut sebagai jaminan saraan.

Tahun 2001: Perpustakaan Pusat Dibuka

Pada 17 Mei tahun 2001, Perpustakaan Pusat Hong Kong selesai dibina dan dibuka untuk khalayak ramai. Perpustakaan yang bertingkat 12 menyediakan lebih 2000 tempat duduk dengan koleksi 2.3 juta buah buku.

Tahun 2002: Pemulaan Sistem Kebertanggungjawapan Pegawai Kanan

Pada 1 Julai tahun 2002, kerajaan ke-2 mula mentadbir Hong Kong. "Sistem kebertanggungjawapan pegawai kanan" yang dianjurkan Ketua Eksekutif, Tung Chee-hwa membuka lembaran baharu pembaharuan sistem pentadbiran wilayah.

Tahun 2003: Bersatu Padu Atasi SARS

Pada 30 Jun tahun 2003, lawatan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengharukan setiap warga Hong Kong yang baru mengalami ancaman SARS. Seminggu sebelum itu, nama Hong Kong dihapuskan oleh WHO dari senarai kawasan jangkitan. Wabak yang menular beberapa bulan itu akhirnya terkawal dengan perpaduan dan keteguhan orang Hong Kong serta bantuan Tanah Besar. Pada musim bunga yang menyedihkan, 1,755 orang dijangkiti SARS di Hong Kong, termasuk 299 orang meninggal dunia.

Tahun 2004: CEPA Dilaksanakan secara Rasmi

Pada 1 Januari tahun 2004, Perjanjian Kerjasama Ekonomi Rapat (CEPA) mula dilaksanakan. Dasar keutamaan ini dibentuk ketika ekonomi Hong Kong terperangkap dalam kemelesetan. Ia melibatkan perdagangan kargo, perkhidmatan dan perdagangan yang mudah dengan tujuan untuk mempercepat peredaran modal, komoditi dan modal insan.

Tahun 2005: Taman Disney Dibuka

Pada 12 September tahun 2005, Taman Disney dibuka di pulau Lantau. Sebagai taman Disney yang paling kecil di dunia, ia menarik ramai pelancong sekaligus menyumbang kepada kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi Hong Kong.

Tahun 2006: Margaret Chan Dipilih sebagai Ketua Pengarah WHO

Margaret Chan yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Kesihatan Hong Kong dipilih menjadi Ketua Pengarah WHO di Geneva pada 9 November tahun 2006. Ini kali pertama orang China menyandang jawatan tinggi dalam pertubuhan PBB. Lima tahun setengah kemudian, Margaret dipilih sekali lagi menjawat jawatan itu.

Tahun 2007: HSI Cecah 30,000

Pada 30 Oktober tahun 2007, Indeks Hang Seng (HSI) mencapai puncak 31,638. Pada tahun itu, banyak perubahan berlaku di pasaran saham Hong Kong, institusi kewangan Tanah Besar dibenarkan melancarkan bon RMB dan memperluas skala pelaburan QDII. Pada tahun yang sama, Hong Kong mengekalkan pertumbuhan tinggi dan inflasi rendah serta mempamerkan kedinamikan luar biasa. Tahun ini dianggap tempoh pembangunan terbaik sejak pengembalian Hong Kong ke China.

Tahun 2008: Acara Menunggang Kuda Sukan Olimpik di Hong Kong

Pada 9 hingga 20 Ogos tahun 2008, acara menunggang kuda Sukan Olimpik Beijing berjaya diadakan di Hong Kong. Lebih 200 ahli dari lebih 40 buah negara dan kawasan menyertai pertandingan berkenaan.

Tahun 2009: Perayaan Ulang Tahun Ke-60 Penubuhan PRC

Bunga api dibakar di udara pelabuhan Victoria pada pukul 8 malam 1 Oktober tahun 2009. Hong Kong yang muda menggunakan cara ini menyampaikan salam kepada China yang berusia 60 tahun dan rasa bangga selaku orang China.

Tahun 2010: Kelulusan Pelan Pembaharuan Politik

Pada 25 Jun tahun 2010, Majlis Perundangan Hong Kong meluluskan pindaan pembentukan majlis tersebutbagi tahun 2012 dengan lebih 2/3 undi bersetuju. Sehari sebelum itu, majlis tersebut juga meluluskan pindaan pemilihan ketua eksekutif 2012. Ini bermakna demokrasi di Hong Kong mencapai kemajuan yang besar.

Tahun 2011: Rancangan Pembangunan Lima Tahun Bahagian Khas untuk Hong Kong

Kerajaan pusat China mengumumkan rancangan pembangunan lima tahun 2011-2015 pada Mac tahun 2011. Bahagian khas untuk Hong Kong dan Macau tercantum dalam rancangan tersebut. Memperkukuh dan meningkatkan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan, perdagangan, pengangkutan antarabangsa … semuanya menjadi menjelaskan trend perkembangan Hong Kong pada masa depan. Ia memberikan harapan dan keyakinan kepada Hong Kong. Cetakan biru terbentang di hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China