Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan luar Bandar Xian. Melalui aktiviti arkeologi (kaji purba) dan penyelidikan terhadap semua catatan sejarah yang berkaitan, kawasan makam kompleks Maharaja Qinshihuang luasnya lebih 56 kilometer persegi. Di sekitar makam pula terdapat lebih 500 buah makam iringan.
Patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang melambangkan tentera sebahagian daripada makam Maharaja Qinshihuang. Tempat yang betul-betul letaknya keranda Maharaja Qinshihuang masih belum lagi digali keluar.
Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda (Terra-Cotta) di Xi'an
Xi'an selalu digelar sebagai kota kuno bagi 12 dinasti. Maksudnya, Xi'an dah pernah dipilih sebagai ibu kota negara dalam 12 zaman dinasti yang berlainan dalam sejarah China. Melalui perkara ini, kita boleh dapat betapa pentingnya dan istimewanya bandar Xi'an.