Cari:
Tembok Kota Lama Xi'an
2012-09-14 15:42:16 CRI Cetak

Tembok kota lama Xi'an ini berbentuk segi empat tepat. Panjang keseluruhannya 11.9 kilometer. Tinggi tembok ini 12 meter. Bahagian kaki tembok lebarnya 18 meter, manakala bahagian atasnya pula 15 meter. Bentuknya macam trapezium. Atas bawah tembok tak sama lebar. Bahagian bawahnya lebih lebar daripada bahagian atas. Bentuk macam ini sentiasa lebih kukuh.

Sebab tembok kota ini mengeliling kawasan kota lama Xi'an, jadi ada empat pintu gerbang, masing-masing di utara, selatan, timur dan barat untuk orang keluar masuk.

Pada zaman purba, tembok ini dibina untuk melindungi keselamatan kota sebab bandar Xi'an, ibu kota negara pada zaman itu.

Sebenarnya, tembok kota yang kita lihat zaman sekarang ini dibina pada zaman Dinasti Ming, tahun ketujuh hingga tahun ke-11 pemerintahan Maharaja Zhu Yuanzhang, iaitu tahun 1374-1378.

Tembok kota di Xi'an ini merupakan tembok kota yang masih wujud dengan paling sempurna di seluruh China.

Ada beberapa pusat untuk sewa basikal atas tembok kota ini. Sekiranya saudara nak buat satu pusingan keliling kota Xi'an ini, saudara boleh berbasikal supaya lebih senang dan cepat. Bila nampak apa-apa yang menarik, bolehlah berhenti sekejap, bergambar, berehat seketika. Ikut suka hatilah. Kalau berbasikal dengan kelajuan sederhana dan tidak berhenti-henti, kira-kira 50 minit untuk habis satu pusingan.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China