Kolam Huaqingchi
Kolam Air Panas Huaqiangchi terletak di utara kaki gunung Lishan di kaunti Lintong. Jauhnya 30 kilometer dari bandar Xi'an.
Huaqingchi menjadi begitu terkenal sebab ada satu cerita romantik antara Maharaja Xuanzong dengan gundiknya Yang Guifei pada zaman Dinasti Tang, iaitu 618 hingga 907 tahun Masihi. Maharaja Xuanzong memerintah pada zaman Dinasti Tang dari 685 hingga 762 tahun.
Kalau menurut hasil penyelidikan, dalam air mata air panas Huaqingchi ada 47 jenis mineral dan unsur surih. Memang baik ya? Terutamanya dari segi perubatan, tentu ada banyak kegunaannya. Contohnya boleh merawat penyakit-penyakit kulit, mengurangkan sakit-sakit sendi, stress atau tekanan...
Sekarang ini, untuk menarik lebih ramai pelancong, Huaqingchi sudah anjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya mata air panas. Maksudnya, pelancong datang ke sini bukan saja mengetahui ilmu mata air panas, tapi juga boleh cuba nikmatinya sendiri.
Xi'an selalu digelar sebagai kota kuno bagi 12 dinasti. Maksudnya, Xi'an dah pernah dipilih sebagai ibu kota negara dalam 12 zaman dinasti yang berlainan dalam sejarah China. Melalui perkara ini, kita boleh dapat betapa pentingnya dan istimewanya bandar Xi'an.