Xiamen merupakan sebuah bandar berhampiran pantai di Provinsi Fujian di selatan China. Apabila mengunjungi Xiamen, saudara boleh menghirup udara yang segar dan bersih. Di situ, kawasan rumputnya yang hijau dan bunga-bunga mekar berkembang, sangat indah. Tempat itu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara .
Tempat ini sangat istimewa, orang di sini sangat peramah. Di sini terdapat banyak makanan yang sedap seperti makanan laut. Selain itu, terdapat juga banyak destinasi pelancongan yang menarik.
Pulau Gulangyu adalah pulau yang paling indah di Xiamen. Pulau itu diiktirah sebagai taman laut. Jika saudara sampai ke pulau itu, saudara akan merasakan telah lari jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukan bandar. Di pulau itu, orang hanya berjalan kaki, dan tidak ada kereta lain, selain kereta elektrik yang beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kepada warga tua. Pulau itu terkenal kerana banyak keluarga memiliki piano di China dan ramai ahli muzik dan pemain piano yang terkenal lahir di sini.
Jalan sepanjang lebih 30 kilometer mengelilingi Xiamen memaparkan pemandangan yang istimewa. Jika berdiri di tepi jalan itu, saudara boleh menyaksikan Pulau Quemoy, Taiwan yang dipisahkan oleh laut. Selain itu, kebudayaan bahagian selatan Fujian, rumah penduduk tempatan, dan makanan juga mempunyai keunikan tersendiri. Taman tumbuh-tumbuhan Wanshishan dan Biara Purba Nanputuo yang terkenal patut dikunjungi.
Jika bersiar-siar di bandar tersebut, saudara dapat melihat banyak bangunan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau, bunga yang berwarna-warni berkembang. Xiamen dianugerahkan sebagai "bandar pelancongan yang unggul" di China, dan juga "bandar taman antarabangsa" pada tahun 2002. Hal ini menyebabkan Xiamen semakin dikenali di China dan di seberang laut.
Semoga lebih ramai pelancong dan seberang laut berkunjung ke Xiamen. Xiamen merupakan sebuah bandar teluk yang indah di selatan China, dan juga merupakan bandar taman laut kerana mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah. Di sini, udaranya segar dan terdapat kemudahan perkhidmatan pelancongan yang sempurna dan penduduk tempatan yang peramah. Jika saudara berkunjung ke Xiamen, saudara akan membawa pulang kenangan yang manis.