Cari:
Quanzhou: Permulaan Laluan Sutera Laut
2012-09-14 15:50:41 CRI Cetak


Menara Timur dan Barat di Quanzhou

Bandar Quanzhou yang terletak di bahagian timur provinsi Fujian, tenggara China merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Walaupun bandar ini kurang luas kalau berbanding dengan bandar Beijing, Shanghai dan Guangzhou, namun bandar ini juga tidak kurang menarik dari segi sejarah dan kebudayaannya.

Laluan Sutera merupakan laluan utama bagi orang dunia Timur dengan Barat menjalankan kerjasama dan pertukaran perdagangan dan kebudayaan pada zaman purbakala. Sementara itu, Laluan Sutera Laut dikenali sebagai laluan laut utama, dan laluan ini bermula dari Quanzhou.

Pada zaman abad ke-13 Masihi, Quanzhou merupakan pelabuhan yang terbesar di negeri China, dan juga antara pelabuhan utama di dunia. Orang dari negara, kaum dan agama yang berbeza-beza tinggal di Quanzhou dan meninggalkan warisan kebudayaan yang pelbagai dan mengagumkan. Pada masa ini, Quanzhou diisytiharkan sebagai "pusat pemaparan kepelbagaian budaya dunia" dan "muzium agama dunia".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China