Pulau Gulangyu, Xiamen yang indah
Walaupun pulau Gulangyu destinasi pelancongan yang amat popular, dan gaya pembinaannya menampakkan kesungguhan pihak tempatan untuk mempromosi pelancongan, namun ia bukanlah pulau yang khusus dibuka kepada pelancong semata-mata. Dimaklumkan, terdapat lebih 16 ribu orang penduduk tempatan yang tinggal di sana. Rata-rata rumah penduduk tempatan dapat dilihat.Puncak Bukit Riguangyan
Meskipun puncak bukit Riguangyan tidak begitu tinggi, namun pendakiannya agak mencabar kerana tangga dan laluan semuanya sempit and curam. Apabila tiba di puncak, perasaan gembira dan pesona yang dirasakan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-lata.
Restoran Indonesia di Pulau Gulangyu