Cari:
Farah: dari Xiamen ke Quanzhou
2012-09-18 08:52:35 CRI Cetak

Bertepatan dengan tema "Kembara Muslim", kami melawat pula ke Masjid Qingjing yang dibina pada tahun 1009 Masihi. Masjid tersebut adalah antara masjid yang paling tua di China, dan meskipun sebahagian daripadanya dalam keadaan runtuhan, namun ia masih lagi berfungsi sebagai masjid sebenar.


Masjid Qingjing dengan seni bina gaya Arab

Dari luar, masjid Qingjing tidak menampakkan sebarang ciri seni bina China. Malah, tembok luar serta pintu utamanya lebih mencerminkan gaya Arab. Tembok tersebut yang dihiasi dengan ukiran ayat-ayat suci al-Quran memisahkan bahagian dalam masjid dengan dunia luar sehinggakan bahagian dalamnya sunyi sepi dan tenteram; sesuai dengan keperluan jemaah bersolat.


Ukiran ayat-ayat suci pada tembok dan dinding masjid Qingjing


Pintu masuk ke dewan solat kuno yang kini cuma tinggal runtuhan


Jemaah bersolat dalam dewan solat yang dibina kemudian


Bahagian masjid Qingjing yang lebih baharu

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China