Cari:
Nadrizah: Kembara Muslim di Quanzhou
2012-09-18 08:53:10 CRI Cetak

(oleh Nadzirah binti Sharingat, TV Al-Hijrah)

Hari Ketiga Kembara Muslim 2012 , kumpulan media dari Malaysia dan Indonesia bepindah pula ke daerah lain iaitu sebuah bandar yang cukup kecil (Quanzhou). Di sini, tersimpan sejarah-sejarah peninggalan Islam di beberapa kawasan. Secara ringkasnya, Quanzhou merupakan sebuah pelabuhan besar China sejak Dinasti Tang lagi dan hubungan yang wujud antara Arab, China, India dan Malaysia menjadi platform umat Islam terdahulu menyebarkan agama suci ini. Jadi tidak hairanlah jika terdapat kesan-kesan penyebaran Islam di Bandar kecil ini.


Melawat Muzium Maritim Quanzhou

Lokasi pertama yang kami lawati ialah Muzium Maritim Quanzhou (juga dikenali sebagai Muzium Jalan Sutera Laut). Artifak yang dijumpai seperti batu-batu Nisan golongan sarjana dan Ulamak-ulamak yang meninggal dunia di bumi ini.

Selepas itu, kami dibawa ke sebuah masjid lama iaitu masjid tertua di China. Kedudukannya tidak berapa jauh dari Muzium Jalan Sutera laut. Di masjid ini memperlihatkan bangunan bercirikan Islam (diadaptasi dari negara Arab). Masjid Qingjing - tinggalan yang cukup bermakna kerana di sinilah pedagang Arab menunaikan solat semasa urusan jual beli dilakukan. Binaannya cukup kukuh dan halus walaupun sebahagian dari masjid ini telah pun musnah akibat ribut & taufan.Ukiran-ukiran ayat Quran kelihatan di setiap penjuru dinding. Sedih dan terharu apabila melihat masjid ini. Setiap inci batu pada binaan masjid ini, saya melihat setiap perjuangan umat Islam terdahulu dalam mempertahankan agama Islam. Mereka yakin kepada agama ini dan cuba membina institusi masjid bagi melihat Islam gah di muka bumi China. Namun, mata saya terpaku melihat sebuah binaan di sebelah masjid Qinjing seakan-akan tokong .


Bertemu bual dengan Imam Masjid Qingjing, Ibrahim bin Yunus

Rupa-rupanya Masjid Qinjing masih digunakan dan Imamnya ialah Ibrahim bin Yunus. Istimewanya beliau boleh berbahasa Arab. Maka, saya tidak mempunyai masalah besar untuk berkomunikasi dengan beliau. Menurutnya umat Islam di sini, bilangannya agak kecil. Semoga harapan beliau untuk terus menyebarkan agama suci di bumi di daerah China ini dipermudahkan. Kami, wakil media dari Malaysia mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Imam Ibrahim sekeluarga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China