Cari:
Nadrizah: Catatan Perjalanan di Quanzhou
2012-09-19 08:40:36 CRI Cetak

(oleh Nadzirah binti Sharingat, TV Al-Hijrah)

Hari ini merupakan hari terakhir media Malaysia & Indonesia tinggal di Quanzhou.

Di sebelah pagi, kami telah pergi ke sebuah tempat yang agak terpencil dari kota. Benarlah bahawa China kaya dengan budaya yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Kumpulan boneka mengingatkan saya kepada drama-drama China yang mengisahkan kehidupan mereka sewaktu dahulu. Jika di Malaysia , saya tidak berpeluang untuk melihat persembahan ini, tetapi jelajah saya ke China kali ini, saya berpeluang untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Pergerakan boneka-boneka bertali ini sangat halus. Antara kandungan yang turut diceritakan dalam persembahan boneka termasuklah tentang agama, kehidupan serta hubungan mereka dengan masyarakat arab ketika melakukan perdagangan sewaktu ketika dahulu. Ia juga merupakan satu lagi bukti penyebaran Islam di bumi Quanzho ini.


Makam dua orang utusan Nabi Muhammad SAW

Selepas itu, kami dibawa ke satu tempat yang sangat saya nantikan iaitu makam pengikut Rasulullah S.A.W.Makam ini sangat dijaga rapi di sini. Satu kesan yang paling bersejarah. Alhamdulillah, saya berpeluang menyedekahkan Al-Fatihah bagi kedua-dua utusan Rasulullah ini.


Ditemuramah oleh wartawan CRI

Sempat juga saya ditemuramah oleh wartawan dari salah sebuah media di sini. Mereka ingin tahu apa yang telah saya lakukan dan apa yang telah saya baca ke atas kedua-dua makam tersebut. Jawapan saya amat mudah. Kedua-kedua makam ini merupakan sahabat Nabi Mohamad dan Nabi Mohamad adalah Nabi & Rasul saya. Mereka adalah pejuang Islam yang perlu saya kagumi. Mereka bertanya lagi kenapa saya membuka kasut semasa menapak di atas makam tersebut? Mereka menjangkakan itu adalah budaya tradisional agama Islam. Maka, saya hanya menjawab itu hanya untuk menghormati makam tersebut sahaja. Jika kerajaan China boleh menjaganya dengan baik. Mengapa tidak saya?orang Islam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Mereka meninggalkan dunia ini dengan jalan yang diredhai Allah. Jika saya diberi pilihan, saya juga ingin mati dalam keadaan saya menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China