Kota Xi'an ini sememangnya tidak asing lagi bagi saya, memandangkan ini kali ketiga saya melawatnya. Namun begitu, masih banyak yang boleh saya pelajari mengenainya, contohnya industri makanan halal tempatan.
Meskipun sibuk, Tuan Haji Abu Bakar sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan rombongan wartawan dari Malaysia dan Indonesia
Sempena tema "Kembara Muslim", memang sesuailah kami mengadakan pertemuan dengan seorang tokoh peniaga Islam Xi'an, Tuan Haji Abu Bakar Sha Pengcheng. Beliau merupakan presiden Syarikat San Bao Shuang Xi dan mempengerusikan Dewan Perniagaan Syarikat-syarikat Islam Xi'an serta pelbagai pertubuhan lain. Meskipun memegang kedudukan yang sebegitu tinggi, Tuan Haji Abu Bakar masih lagi menyambut ketibaan rombongan kami dengan penuh ramah dan mesra.