Cari:
Farah: Yang Ingin Menawan Jadi Tertawan
2012-09-24 09:57:51 CRI Cetak

Memandangkan ini hari terakhir kami di Xi'an, kami tidak lepaskan peluang untuk mengunjungi suatu jalan yang cukup terkenal khususnya dalam kalangan pengunjung Islam, iaitu Jalan Makanan Ringan Halal.


Salah satu pintu masuk ke Jalan Makanan Ringan Halal Xi'an

Di jalan ini, bermacam-macam jenis makanan ringan boleh dinikmati, bahkan terdapat juga berpuluh-puluh restoran makanan halal. Selain terliur melihat kepelbagaian makanan ringan, saya amat berbangga melihat kesibukan dan kemakmuran jalan ini, kerana antara pengunjung yang datang, bukan semua beragama Islam. Terbukti, rakyat China yang berbilang etnik dan kepercayaan juga dapat hidup bersama-sama dengan harmoni. Nampaknya ini berkat dasar menghormati pelbagai etnik serta kebebasan beragama yang diamalkan oleh kerajaan China. Apa-apa sekalipun, saya amat bertuah dapat melihat interaksi ramah antara pelbagai jenis manusia yang datang ke Jalan Makanan Halal pada hari ini.

1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China