Pilihan raya kecil Parlimen Persekutuan dan Parlimen Provinsi diadakan di Myanmar pada 1 April tahun 2012. Aung San Suu Kyi dan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinannya memenangi 43 buah kerusi daripada 45 buah kerusi dalam pilihan raya kecil kali ini. Aung San Suu Kyi dipilih menjadi ahli Parlimen Persekutuan Myanmar yang menandakan parti pembangkang diterima oleh Parlimen Myanmar, sekali gus membuka pintu untuk pembaharuan politik dan perpaduan bangsa selanjutnya di negara itu.