Cari:
Sichuan, Habitat Asal Panda
2012-12-17 16:11:00 CRI Cetak

Sejak dahulu lagi, panda telah menjadi binatang yang amat disukai oleh orang ramai. Kini, lebih 100 ekor panda dipelihara di Taman Panda China. Di taman itu, wartawan kami telah menemui banyak panda di luar bilik, ada yang bermain papan gelongsor, ada yang bersandar pada batu dan berehat, ada juga yang memanjat pokok. Pekerja di taman itu memberitahu pemberita bahawa panda ialah sejenis beruang, dan pandai memanjat pokok. Jika terjatuh pun, panda tidak akan tercedera kerana badannya yang gemuk itu.

Yang paling menyusahkan ialah makanan panda. Pada masa dahulu, panda memang makan daging, tetapi panda beransur-ansur menjadi "vegetarian" dengan memakan buluh. Cuaca di Wolong yang lembap amat sesuai bagi pertumbuhan buluh, maka banyak panda hidup di sana. Daya cernaan panda kurang baik, demi mengekalkan daya fizikalnya, panda selalu bergerak lambat dan kelihatan malas.

Di Taman Panda China, terdapat sebuah bilik yang dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk memelihara anak panda. Melalui kaca tingkap bilik itu, para pelancong boleh melihat anak panda yang baru dilahirkan, badan panda itu hanya sebesar tapak tangan, matanya tertutup dan kulit belum berbulu.

Dimaklumkan, kadar kematian anak panda amat tinggi akibat penyakit ataupun terpijak sendiri oleh ibu panda tanpa sengaja. Walaupun panda melahirkan banyak anak pada satu-satu masa, namun panda itu hanya akan memelihara salah seekor daripadanya sahaja. Maka, pekerja di Taman Panda China akan memelihara anak-anak panda yang tidak dijaga oleh ibunya atau yang diserang penyakit.

Jika para pelancong melawat ke Wolong pada musim yang berbeza, mereka akan menyaksikan kehidupan panda yang berlainan. Pakar pengkaji panda, Encik Li Desheng memberitahu pemberita bahawa sewaktu musim panas, cuaca di Wolong agak nyaman, maka panda-panda lebih aktif. Waktu musim gugur, pelancong pula berkesempatan untuk menyaksikan proses kelahiran anak panda.

Manakala, pada musim bunga pula merupakan musim mengawan panda. Waktu musim itu, terdapat banyak cerita yang menarik. Encik Li Desheng berkata: "Bagi panda liar, panda jantan yang menang dalam perkelahian baru akan mendapat hak keutamaan untuk mengawan. Namun, panda yang diternak tidak dibenarkan untuk berkelahi. Waktu musim mengawan, kami menempatkan panda jantan pada jiran panda betina, mereka boleh melihat satu sama lain. Panda tidak berbunyi waktu biasa, tetapi waktu mengawan, bunyi panda adalah pelbagai. Waktu permulaan mengawan, bunyinya semacam burung. Pada penghujung mengawan, bunyinya seperti anjing. Manakala waktu tahap kemuncak, bunyinya seperti kambing."

Selain panda yang diternak, terdapat juga lebih 100 ekor panda liar di hutan tebal di Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong. Jumlah tersebut menduduki kira-kira 10% daripada panda liar di dunia. Pada masa dahulu, pelancong tidak boleh memasuki kawasan panda liar. Namun, tidak lama dahulu, pihak kawasan perlindungan buat kali pertama telah menyediakan projek melancong sambil mengkaji bagi pelancong peringkat tinggi. Dengan adanya projek tersebut, mereka dapat menyaksikan panda dalam situasi liar dari jarak dekat melalui sistem pengawasan dan pengesanan yang canggih.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China