Cari:
Memperkasa Pengajian Bahasa Melayu di China
2012-12-24 17:14:40 CRI Cetak

3. Memperkukuh Kurikulum Pengajian.

Secara keseluruhannya, pelajar memberikan respon bahawa kurikulum pengajian mereka pada tahap `sederhana'. Oleh itu, pihak Jabatan Pengajian Melayu khususnya hendaklah membuat kajian semula (revision/review) terutama kandungan program pengajian agar ianya relevan dan dapat memenuhi keperluan sektor pekerjaan. Justeru, dicadangkan seperti berikut:-

- Mewajibkan Program latihan industri/praktikum

- Menawarkan berbagai matapelajaran elektif dalam kokurikulum.

- Mendapatkan input industri tentang relevansi kandungan mata pelajaran/pengajian semasa.

- Memberi penekanan secara seimbang komponen teori dan amal/aplikasi dalam pengajian

- Mengkaji semula kandungan Matapelajaran wajib universiti agar relevan dengan kehendak sektor pekerjaan.

- Mengadakan aktiviti/program untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia pekerjaan seperti Hari Kerjaya, Ceramah Menghadapi Temuduga, kursus menyediakan resume.

- Kemahiran Bahasa Ketiga.

4.Meningkatkan kemudahan prasarana dan perpustakaan

Memandangkan min skor yang diberikan oleh para pelajar kepada kemudahan prasarana dan perpustakaan kebanyakannya adalah pada tahap `sederhana', kajian mencadangkan agar pihak universiti mempertingkatkan lagi kualiti dan kuantiti kemudahan prasarana serta perpustakaan yang sedia ada. Ini termasuklah:

i) Kemudahan Prasarana

-Kemudahan kedai buku kampus

-Kemudahan penginapan

-Kemudahan sukan/rekreasi

-Kemudahan bilik kuliah/tutorial

-Pembelajaran bersepadu atas talian

-Makmal (komputer,studio, bengkel dll)

-Kemudahan cafeteria/kantin

-Kemudahan pusat/klinik kesihatan

-Kemudahan tempat letak kenderaan.

ii) Kemudahan dan Perkhidmatan Perpustakaan

Dalam kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar menyuarakan tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang tidak begitu memuaskan. Oleh itu, beberapa perkara ditekankan bagi mempertingkatkan lagi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan terutamanya di universiti. Antaranya ialah:-

- Perkhidmatan perpustakaan atas talian (online) cth. Pinjaman buku

- Waktu operasi perpustakaan

- Sumber dalam talian (online library research)

- Jumlah sumber/bahan (buku rujukan dll)

- Ruang belajar yang selesa dan kondusif.

5. Meningkatkan peluang kerjaya graduan.

Cadangan bagi perkara ini amatlah wajar memandangkan kajian menunjukkan ianya tidak memberikan kepuasan hati kepada para pelajar. Perkara ini merupakan ranking paling rendah berdasarkan persepsi pelajar terhadap kepuasan dan keberkesanan program pengajian Bahasa Melayu ini. Pihak jabatan maupun pihak universiti hendaklah menitikberatkan perkara ini agar kebolehpasaran graduan Jurusan Bahasa Melayu khususnya sentiasa relevan dengan dunia pekerjaan. Oleh itu, dicadangkan perkara-perkara seperti berikut:-

i) Sentiasa mengemaskini maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya.

ii) Menyediakan bantuan dalam mendapatkan pekerjaan seperti kaunselor kerjaya dan Hari Kerjaya.

iii) Menganjurkan seminar, ceramah kerjaya dan taklimat kerjaya dengan kerjasama pihak industri, Alumni bagi memperluaskan pengetahuan serta maklumat mencari pekerjaan.

iv) Menyediakan kemudahan ruang dan peluang pekerjaan dalam kampus.

v) Mengadakan latihan atau kursus pendek sebagai persiapan menghadapi temuduga seperti kursus komunikasi berkesan, penulisan resume, penampilan diri dalam temuduga dan sebagainya.

vi) Menyediakan maklumat lengkap tentang peluang melanjutkan pengajian.

Sebagai kesimpulannya, bak kata pepatah,`bagai aur dengan tebing'. Dalam usaha untuk membantu pelajar Cina meningkatkan lagi pengetahuan mengenai bahasa dan budaya Melayu, program pengajian bahasa Melayu di BFSU ini sewajarnya diperkukuh dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Gabung jalin kepakaran dan kemahiran sarjana Malaysia dengan sarjana Cina mampu memartabatkan lagi pengembangan bahasa serta budaya Melayu di China. Setakat ini sudah ada 5 universiti di sekitar Beijing, China yang menawarkan kursus bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Cina. Oleh itu sudah masanya program bahasa dan pengajian Melayu di China ini diberikan pengukuhan dalam usaha mengembangkannya di Negara Tembok Besar ini.

(Gambar-gambar Pelajar Tahun Akhir Jurusan Bahasa Melayu, BFSU 2011/2012)

Justeru, diharap kajian ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran, maklumat dan input berguna untuk pengembangan program bahasa serta pengajian Melayu di China. Dengan input dan cadangan-cadangan yang dinyatakan tadi, dapatlah dibuat penambahbaikan terhadap program ini dari semasa ke semasa. Seterusnya nanti akan mendorong maju hubungan muhibah antara China dan Malaysia.

Prof. Dr. Mohd Taib bin Hj. Dora


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China