Sejak tahun 1984, program peminjaman panda ke negara lain dihadkan untuk tempoh 10 tahun sahaja. Negara peminjaman juga dikenakan bayaran yang akan disalurkan ke pusat penyelidikan dan perlindungan panda di China. Program ini bukan berdasarkan keuntungan sebaliknya menjadi wadah kerjasama antarabangsa untuk melindungi panda yang semakin pupus. Menurut laporan, kini hanya tinggal 1,600 ekor panda di dunia.