Cari:
Pernahkah Tonton Rancangan Cari Bakat China?
2013-07-30 15:32:42 CRI Cetak

Pernahkah anda menonton rancangan realiti American Idol, The Voice, X-Factor atau Britain's Got Talent?

Kalau anda benar-benar peminat rancangan cari bakat, pernahkah anda mengikuti rancangan Suara Terbaik Di China, Persembahan Mimpi-mimpi China atau Suara Lelaki yang Gembira? Kalau tidak, anda mungkin sudah ketinggalan.

Rancangan ini semua yang bertujuan mencari bakat baharu dalam bidang hiburan kini menjadi buah mulut masyarakat di China. Para pemuda yang pandai menyanyi dan gadis-gadis jelita bertanding untuk menjadi bintang baharu dalam dunia hiburan China!

Pada musim panas ini, lebih sepuluh stesen TV berperingkat provinsi menganjurkan program cari bakat sendiri. Walaupun rancangan-rancangan tersebut mempunyai nama yang berbeza, namun isinya lebih kurang sama. Oleh itu Jabatan Pengawalan TV, Radio dan Penerbitan Berita China bercadang untuk mengurangkan jumlah rancangan tersebut.

Bagaimana pandangan anda terhadap kepopularan rancangan cari bakat China? Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 7 Ogos 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China