Cari:
Catatan 1 Ogos 2013: Etnik Kazak dan Kuda
2013-08-02 15:41:16 CRI Cetak

Hari ini semua peserta "Xinjiang Dalam Lensaku" di bawa ke padang ragut yang luas di Konti Shawan, mukim Poer Tong Gu. Kawasan padang rumput yang luas ini menjadi pilihan Etnik Kazak kerana memudahkan mereka untuk menternak kambing dan lembut. Kebanyakan Etnik Kazak menggembala kambing dan lembu.

Pada zaman dahulu, Etnik Kazak hidup berpindah-randah tetapi kini kerajaan China banyak memberikan bantuan agar mereka hidup setempat. Pendapatan Etnik Kazak purata untuk satu keluarga kira-kira 70 ribu yuan setahun. Ini memberikan peluang kepada Etnik Kazak menetap tetap di satu-satu tempat.

Dalam masyarakat Kazak, kambing dan lembu sangat berharga. Selain itu, kuda juga sangat penting dalam kehidupan mereka. Setiap anak lelaki dalam keluarga mesti pandai penunggang kuda. Anak lelaki yang mencapai usia 10 tahun akan dihadiahkan seekor kuda.

Anak-anak Etnik Kazak sangat pandai menunggang kuda. Mereka boleh menggayakan pelbagai aksi ketika berada di atas kuda. Mereka kelihatan mesra bersama-sama kuda yang menjadi tunggangan mereka.

Dalam tradisi masyarakat Etnik Kazak juga membela burung helang. Suatu ketika dahulu, kerajaan China melarang memelihara burung helang. Hal ini disebabkan burung helang hampir pupus dan menjadi spesies haiwan kawalan. Maka, kerajaan China mengeluarkan akta melarang memelihara burung helang. Namun begitu, bagi menghormati tradisi Etnik Kazak. Pada hari ini, dalam satu keluarga, lelaki yang paling tua dibenarkan memelihara burung helang sebagai haiwan kesayangan. Burung helang dipelihara bertujuan untuk menangkap arnab dan musuh yang mengganggu haiwan peliharaan mereka. Selain itu, burung helang menjadi haiwan kesayangan mereka.

Burung helang sangat jinak dan baik dengan pemiliknya. Demikian juga kuda yang menjadi tunggangan Etnik Kazak. Kanak-kanak juga boleh menunggang kuda dan sangat mesra dengan kuda tunggangan mereka.

Kuda dan kehidupan Etnik Kazak tidak boleh dipisahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China