Hari ini, peserta Program Xinjiang Dalam Lensaku dibawa ke kawasan gunung berlumpur di Taman Negara Geologi di bandar Wusu. Di taman geologi ini terdapatnya gunung berapi ini terletak di atas sebuah bukit. Sangka saya gunung berapi ini besar seperti yang saya lihat dalam televisyen yang dilaporkan meletus di Indonesia. Di Malaysia tiada gunung berapi dan saya tidak dapat menggambarkannya. Apabila tiba di puncak bukit, saya begitu teruja apabila diberitahu lopak kecil itu ialah gunung berapi. Apabila saya melihat lebih dekat ada gelembung kecil di permukaan lopak itu. Ya, sungguh ajaib. Xinjiang memiliki gunung berapi berlumpur yang kecil dan comel. Apabila saya menyentuh lumpur atau selut di dalam lopak itu, sungguh mengagumkan kerana tidak panas. Sebaliknya berasa sejuk dan selut itu sangat halus.