Ketika tiba di stesen kedua, peserta "Xinjiang Dalam Lensaku" masih menunggu di situ kerana mahu menanti matahari terbenam. Ketika berada di sini, kami merakam pelbagai bentuk batu dan juga gelagat semua peserta. Kira-kira pukul 9.30 malam, matahari terbenam indah di sebalik batu. Kami begitu teruja kerana Xinjiang mempunyai tempat yang cantik dan indah ini.