Hari ini peserta xinjiang dalam lensaku dibawa ke sebuah taman di daerah karamay. Sesuatu yang menarik boleh dipelajari ialah semangat orang muda pada zaman dahulu. Seorang pak cik yang bernaama Wang Yan Min mula-mula bekerja di sebuah syarikat minyak ketika petroleum pertama kali dijumpai di karamay. Pak cik itu meneruskan hidup di karamay dan membina sebuah taman yang dipenuhi beribu pokok. Ketika mula-mula mahu mengusahakan sebuah taman, isteri beliau tidak bersetuju kerana tanah di situ tidak sesuai untuk ditanam pokok. Tanah di situ masin dan berpasir, tidak boleh tumbuh sebarang pokok pun. Namun begitu, pak cik Wang Yan Min tidak percaya apa-apa yang diperkatakan oleh orang di situ dan beliau yakin tanah itu boleh ditumbuhi pokok asalkan tidak berputus asa untuk terus menanamnya. Beliau tetap menanam juga pokok dengan yakin bahawa suatu hari pokok boleh hidup subur di tanah itu.
Hampir 20 tahun, akhirnya usaha pak cik Wang Yan Min berhasil. Pokok yang ditanamnya hidup subur. Setelah sekian lama menanam pokok hijau, beliau mula terfikir mahu menanam pokok buah-buahan. Pokok tersebut bukan sahaja menghijaukan kawasan tetapi juga boleh menikmati buahnya. Beliau mula mengusahakan tanaman pokok buah-buahan seperti epal, anggur, plum dan pokok sayuran seperti tomato, keledek, labu serta kacang walnut. Hari ini beliau boleh menikmati pemandangan pokok yang hijau dan buah-buahan yang segar.