Cari:
Warung Teh Laoshe Beijing
2013-09-10 11:54:08 CRI Cetak

Dewan persembahan warung teh Laoshe terletak di tingkat tiga bangunan itu. Hiasan dewan persembahan itu mempunyai ciri-ciri China sepenuhnya. Meja dan kerusi kayu, tanglung merah yang tergantung pada dinding dewan itu menyediakan suasana yang indah menarik lagi kepada para penonton. Pengunjung seolah-olah berada di warung teh pada zaman dahulu.

Setiap malam, persembahan di warung teh tersebut sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara. Antara program-program yang diadakannya, persembahan Opera Peking, Kung Fu China, kesenian menukar topeng mendapat sambutan yang paling hangat.

Warung Teh Laoshe merupakan lambang bagi adat resam kalangan rakyat China, manakala, opera Peking adalah warisan budaya China dan kesenian yang amat berharga bagi seluruh rakyat China. Warung teh Laoshe merupakan satu tempat yang sukar ditemui pada zaman moden. Pemuda-pemuda zaman sekarang mempunyai cara hidup yang berbeza daripada generasi dahulu. Sebenarnya, Opera Peking berkait rapat dengan sejarah dan tradisi dan memang susah difahami oleh penonton jika seseorang kurang ilmu berkenaan.  

Kesenian memukul gendang mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Namun, seiring dengan perkembangan zaman, pembaharuan juga perlu dibuat keatas seni ini. Kita perlu mengekalkan tradisi sambil memasukkan unsure-unsur moden. Sekarang, warung teh ini mempunyai reputasi yang baik di arena antarabangsa dan menarik perhatian ramai sama ada dari dalam mahu pun dari luar negara.

Semasa program-program yang berkenaan diadakan, para penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Pada waktu rehat, pelayan akan membawa makanan dan teh kepada penonton. Inilah perbezaan besar dibandingkan dengan penontonan konsert muzik. Cara tersebut lebih selesa bagi penonton bersantai.

Difahamkan, jumlah pengunjung Warung Teh Laoshe akan mencecah lebih 300 ribu setiap tahun, antaranya 40% merupakan pengunjung asing.

Sejak penubuhan, Warung Teh Laoshe pada tahun 1988, beberapa generasi telah menyumbangkan tenaga untuk mewarisi budaya teh tradisional China ini sepanjang tempoh 20 tahun itu. Warisan budaya tradisional China ini dapat diwarisi dan ditunjukkan kepadas para penonton melalui platform ini.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China