Wowww....begitu teruja melihat keindahan panorama di lokasi pertama yang kami kunjungi di Guilin iaitu Bukit Belalai Gajah. Ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai seekor gajah sedang minum air di sungai taohua dan sungai lijiang bertemu. Tiga puluh minit masa yg diberikan kepada kami menikmati permandangan memakau dan merakam aktiviti di sekitar kawasan ini memang tidak mencukupi. Gua lu ti..satu lagi destinasi pelancongan yang kami kunjungi. Memang menakjubkan!!!!.ia menjadi bukti bahawa guilin menang dedtinasi pelancongan terbaik untuk dikunjungi. Tidak hairan lah, jika gua lu ti turut dikunjungi lebih 300 pemimpin dunia. Pelbagai objek menyerupai binatang seperti singa, monyet, ular dan tumbuhan terbentuk daripada staletit dan staletmit yang ada di gua bati kapur ini...begitu memukau. Yang pasti...saya akan kembali ke sini.