Cari:
Keajaiban Guilin (oleh Fairuz dari Berita Harian)
2013-10-23 13:07:16 CRI Cetak

 

Gua cahaya Reed Flute Cave

Pernah beberapa kali melawat dan menjelajah gua, tanggapan awal penulis ketika berkunjung ke Gua Reed Flute barang kali tetap sama sebagaimana lawatan ke gua yang sebelumnya.

Pun begitu, persepsi itu nyata jauh meleset. Mana tidaknya, menanti pengunjung di luar gua ialah perkhidmatan tren yang serba canggih dan sistematik.

Lebih mengujakan, pembangunan moden serta teratur di bahagian luar gua sudah cukup membuktikan betapa lokasi itu benar-benar tarikan buat pelancong di bandar Guilin. Maka tidak hairanlah mengapa begitu ramai pemimpin utama negara turut dibawa melawat ke Gua Reed Flute.

Tatkala mula saja menjelajah ke dalam gua, pancaran cahaya mula menggoda panca indera penulis. Keajaiban ciptaan Tuhan yang berkuasa begitu mengesankan perasaan. Struktur gua yang masih aktif memperlihatkan pelbagai reka bentuk unik.

Malah, pemandu pelancong yang bertugas sempat juga menunjukkan beberapa bentuk batu di dalam gua yang mirip mitos dan legenda China selain haiwan yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitar.

Kemuncak keriangan lawatan di gua ialah sesi menonton tayangan video yang berlatarbelakangkan dinding gua. Belum pernah penulis menyaksikan tayangan video seumpama itu dan nyatalah ia benar-benar suatu pengalaman berharga.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China