Masjid Chongshan yang terletak di jalan Chongshan,district Xiangshan bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mula dibina pada tahun 1797 Masihi semasa pemerintahan Maharaja Yongzheng pada zaman dinasti Qing. Walaupun pada masa itu masjid tersebut tidak berapa besar, tetapi kemudahan-kemudahan yang diperlukan seperti dewan solat, bilik penginapan imam,dewan ceramah, bilik wuduk dan sebagainya telah disediakan.
Masjid ini pernah beberapa kali mengalami pembaikpulih dalam sejarahnya.Ia disenaraikan sebagai tapak perlindungn artifak penting kerajaan bandar Guilin pada tahun 1979. Luasnya masjid tersebut sekarang ini mencapai 1,247 meter persegi.
Projek pembaikpulih terkini dilakukan pada tahun 2008 dengan dihulurkan modal sebanyak RMB 3.5 juta oleh kerajaan, dan diselesaikan pada tahun 2010.