Cari:
Restoran Islam dan Keindahan Sungai Bunga Pic (oleh Nora dari TV Al-Hijrah)
2013-10-24 15:38:18 CRI Cetak

Hari ke dua rombongan kami bersama Kembara Muslim China di Guilin kami dibawa ke restoran muslim tempatan iaitu Restoran Sedap Abdul yang menyedia makanan etnik Ugyur dari Xinjiang. Sepanjang kami di Guilin inilah makanan yang paling lazat kami nikmati. Kebanyakan masakan yang dimasak dengan rempah amat membuka selera. Rata-rata pelanggan restoran ini terdiri dari pelancong muslim dan pelajar dari universiti berhampiran.

Menurut pemilik restoran ini, Ayi Gu Li barangan halal yang digunakan di sini diimport dari Zinxiang sementara barang keperluan memasak seperti sos diimport dari Beijing.

Gu Li dan suami Abdul Satar, memulakan perniagaan ini sejak tahun 2006. Suaminya yang bertugas sebagai chef di sebuah restoran di Beijing, mula mendapat ilham bagi menubuhkan restoran di bandar Guilin berdasarkan maklumat tentang persaingan makanan halal yang tidak banyak di sini.

Sewaktu kunjungan kami di sini kami turut bertemu pelancong dari Malaysia, Pn Ramlah Idris dan anak perempuannya yang bercuti di sini. Dia dalam rangka percutian selama 4 hari di Guilin, turut memuji masakan di sini kerana baginya tiada banyak perbezaan dengan masakan di Malaysia dan sesuai dengan citarasa orang Melayu. Selain itu, kedai ini turut juga menyediakan kemudahan surau bagi umat Islam menunaikan solat.

Selain menikmati makan tengahari di sini kami turut ke lokasi perlancongan lain di Guilin seperti mengelilingi Sungai Bunga Peach dan melihat pemandangan gunung ganang yang cukup memukau. Persembahan dari nelayan tradisional tempatan yang menangkap ikan menggunakan burung 'commarates' cukup menarik hati kami.

Burung ini mempunyai sifat yang unik iaitu menangkap ikan menggunakan muncung. Ia seakan patuh pada perintah nelayan dengan mengeluarkan ikan yang ditangkap dari mulut kepada nelayan.

Walaupunpun perjalanan dengan bot ini mengambil masa selama 50 minit, tetapi dengan panorama indah yang terdapat sepanjang perjalanan, perjalanan terasa begitu singkat.

Ini hanyalah sebahagian dari keindahan Guilin, yang nyata lokasi yang dilawati tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kami pasti rindukan tempat ini!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China