Lokasi pertama pada hari ke-2 Kembara Muslim di China 2013, kami menghadiri Forum Pelancongan UNWTO/PATA kali ke-7 di Hotel Shangri-La. Guilin menjadi tuan rumah bagi forum ini sejak tahun 2009. Dengan tema "Pembangunan Pelancongan Setempat"...forum selama 3 hari bermula hari ini dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka dalam industri pelancongan di seluruh dunia.
Seterusnya, kami ke Restoran Halal yang terkenal di Guilin untuk menjamu selera iaitu Restoran Ugyur. Sesuai dengan namanya iaitu ' restoran sedap abdul', ia menyajikan bukan sahaja makanan yang sedap, malah cepat dan harganya pula amat berpatutan.
Selesai makan tengahari, kami menaiki kapal pesiar 'Landscap Of Guilin Circle View" untuk melihat panorama indah di sepanjang Sungai Peach atau lebih dikenali sebagai Sungai Taohua oleh penduduk tempatan. Kami di bawa belayar sejauh 9 kilometer. Oleh kerana aliran Sungai Peach berliku-liku, sungai ini digelar sebagai " sembilan selekoh dan 18 lekok. Pelayaran yang cukup tenang dan mendamaikan.
Tidak habis di situ, malamnya pula sekali lagi kami dibawa belayar menaiki kapal pesiar untuk menikmati keindahan malam di 4 tasik yang ada di guilin. Banyak yang dapat kami melihat sepanjang lebih 1 jam pelayaran ini. Antara yang paling mengujakan saya apabila melihat dua menara pagoda yang tersergam indah di tengah-tengah tasik zhang. Satu yang berwarna emas dipanggil matahari dan satu lagi bulan. Menara pagoda matahari setinggi 41 meter ini diperbuat daripada gangsa dan dianggap sebagai menara pagoda gangsa atas air paling besar di China. Keindahan ciptaan manusia yang sungguh menakjubkan di Guilin.