Melawat Kuil Lama
Lebih setengah jam menyaksikan persembahan, kini tiba pula masanya melawat Kuil Shaolin lama iaitu kuil Zhongyue yang seolah-olah membawa kembali sejarah hampir 8000 tahun budaya, Buddha dan Taoism.
Kesempatan ke kuil Zhongyue yang juga dikatakan sebagai kuil pagoda tertua di China, seni bina serta rekaan yang penuh berseni membuatkan hati terasa begitu kagum sekali.
Sejarah lama seni shaolin seolah-olah dirungkai semula oleh pengunjung dari serata dunia. Ada juga pengunjung yang mengambil peluang untuk bernazar, bersembahyang dan menyucikan diri mengikut amalan dan kepercayaan agama Buddha.
Kuil lama yang terletak agak ke dalam daripada kompleks shaolin sebenarnya turut mencuri tumpuan pengarah untuk dijadikan tempat lokasi penggambaran filem komersial antarabangsa.
Puas sudah berjalan-jalan di sekitar kompleks kuil itu, tiba sudah masanya untuk pulang ke hotel penginapan.