Cari:
Menjejak Pahlawan Kungfu Shaolin (oleh Fairuz dari Berita Harian)
2013-10-27 11:35:24 CRI Cetak

Pukul Loceng Gergasi

Menanti seni persembahan shaolin, penulis sebagaimana pengunjung lain turut tidak ketinggalan menganbil kesempatan untuk memukul loceng gergasi yang disediakan di pintu masuk di zon persembahan pahlawan shaolin.

Hanya perlu menunjukkan tiket masuk persembahan, setiap seorang layak untuk memukul loceng gergasi sebanyak tiga kali. Bergema dibuatkan kawasan sekitar apabila loceng dibunyikan tanpa henti!

Meskipun terpaksa bersesak dengan pengunjung lain, pengalaman menyaksikan aksi seni mempertahankan diri di depan mata terasa sukar untuk diperbandingkan.

Sudahlah berasa kagum dengan kemahiran dan ilmu kebatinan yang tinggi, pada masa yang sama tahap disiplin yang ditonjolkan pelatih sekolah shaolin itu mengundang rasa kagum yang luar biasa.

Sebagaimana aksi mencucuk batang tombak yang tajam di pangkal leher hingga sampai melengkung, aksi meletupkan belon di balik cermin hingga pertunjukan pelbagai kemahiran peralatan dalam seni mempertahankan diri itu.

Malah tiga penonton bertuah turut diundang khas ke pentas utama bagi bersama-sama mempamerkan seni kungfu yang akhirnya menjadi medan gelak ketawa penonton.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China