Cari:
Teruja di Guilin (oleh Nora dari TV Al-Hijrah)
2013-10-22 12:00:00 CRI Cetak

Kali pertama menjejakkan kaki ke Guilin, saya amat teruja dengan keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar bandar ini. Pemandangan serba hijau dan kawasannya bersih, membuatkan pengunjung merasa tenang.

Sungai Li yang mengalir di tengah-tengah bandar Guilin memisahkan antara barat dan timur bandar ini dan sekelilingi dengan bukit-bukau, ibarat tidak puas mata memandang. Jadi tidak hairanlah sektor pelancongan merupakan antara industri terbesar di bandar ini, sehingga menyumbang kepada peluang pekerjaan. Kini terdapat 11 ribu pemandu pelancong di sini.

Guilin merupakan sebuah bandar yang berada di bawah Wilayah Autonomi Zhuang dengan kepadatan penduduk seramai hampir 5 juta orang.

Antara lokasi perlancongan terkenal di bandar ini termasuklah Reed Flute Cave merupakan sebuah gua yang dibuka kepada orang ramai sejak 1972. Dengan tiket masuk serendah 90 yuan bersama kira-kira 45 ringgit pengunjung boleh menikmati keindah dan kaunikan gua yang disulami dengan cahaya lampu berwarna warni serta siulan seruling yang medamaikan. Sepanjang menyusuri laluan sejauh 500 meter di dalam gua ini, kesan stalactites yang membentuk imej-imej tertentu seperti singa, cendawan, ular, monyet, pokok dan lain-lain jelas kelihatan.

Antara lain yang pasti menarik perhatian pengunjung pastinya persembahan video yang dipancarkan ke dinding gua berkisarkan mitos sejarah pembentukan gua ini. Lokasi ini juga berjaya mencatatkan 1 juta pengunjung setiap tahun.

Kawasan ini merupakan satu daripada tiga lokasi wajib singgah bagi pengunjung di Guilin selain Bukit Belalai Gajah dan Istana Putera. Ia turut dilabel sebagai kawasan lawatan berstatus AAAA. Untuk makluman sejak tahun 1999 kerajaan China telah mewartakan gred bagi lokasi pelancongan di China bermula dari A sehingga AAAAA, sebagai satu cara untuk menarik pelancong.

Lawatan kami bersama Kembara Muslim di China kali ini melibatkan 6 orang dari media Malaysia iaitu dari TV Al-hijrah, RTM, Utusan dan Berita Harian. Hari pertama kami di sini, kami telah di bawa melawat ketiga-tiga lokasi menarik di Guilin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China