Cari:
Najib: Malaysialah Sahabat Sejati China
2014-05-30 17:05:09 CRI Cetak


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China telah menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu (PAPM) 2014 di Beijing pagi tadi.

Ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian persidangan itu, Najib berkata: "Pada tahun lalu, Presiden China, Xi Jinping telah memuji Malaysia sebagai rakan jiran, rakan kongsi dan sahabat yang boleh dipercayai sewaktu lawatannya ke negara Malaysia. Kita juga berasa tersentuh apabila beliau mengatakan Malaysialah sahabat negara China yang sejati sama ada ketika susah mahupun senang. "

"40 tahun berselang, ini jatuh pada sekitar tarikh yang sama. Saya berasa begitu bersykur kerana dapat mengadakan lawatan ini sebagai tanda meraihkan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China yang telah terbina sejak sekian lama."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China