najib2014najib3
|
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China telah menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu (PAPEM) 2014 di Beijing pagi tadi.
Ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian persidangan itu, Najib berkata:
"Bahasa Melayu juga dapat didengar di ruang udara China apabila China Radio International atau CRI yang merupakan stesen radio rasmi China mengembangkan sayapnya dengan menerbitkan siaran bahasa Melayu CRI pada 1 Mac 1959 melalui gelombang pendek. Sejak tahun 90-an sehingga masa kini, DBP telah mengorak langkah dengan menghantar pegawai bahasa untuk bertugas di CRI."