Kereta api ini terus laju menuju ke Xi'an. Biarpun laju, saya sempat dan jelas melihat akan keindahan atau panorama bentuk muka bumi sepanjang perjalanan kereta api ini. Cantik, bersih, hijau dengan alam semula jadi yang masih terperlihara dan segar.
Di sini, saya dapat merasai kenikmatan teh ini berulang-ulang kali Masakan tidak, setiap kali saya habis meneguk air teh ini, pelayan wanita ini akan menuangkan teh ini untuk saya. Saya tersenyum. Gembira dilayan umpama rajasambil ketawa dengan Farah dan Melur.
Masa untuk Lima jam di dalam kereta api umpama tidak terasa oleh saya dek akan layanan pelayan café ini dan cerita-cerita yang pelbagai kisah dengan Farah dan Melur.
Tepat pukul 6.30 petang, waktu di Xi'an, kami tiba di Stesen Xi'an Bei. Sesungguhnya, masa yang diisi dengan secangkir teh China membuatkan saya terleka dengan putaran masa. Seronok dan mengagumkan saya di café ini. Teh yang tidak akan saya lupai kesegarannya. Saya bertekad untuk membeli teh ini di Beijing nanti untuk cenderahati kepada sahabat di Malaysia.