Cari:
Masjid Besar Xi'an dan Makanan Halal
2015-06-13 17:24:17 CRI Cetak

(Oleh Nurazidah binti Mohamed, TV Al-hijrah)

Mencari makanan halal ketika melancong ke negara asing adalah perkara sukar bagi pelancong muslim. Namun, ianya tidak menjadi satu kebimbangan apabila anda melancong ke negara China.

Saya berkesempatan melihat komuniti Islam di bandar Xi'an di mana terdapat pelbagai pilihan makanan dan barangan halal dijual terutama di kawasan yang dikenali sebagai Muslim Street. Kebanyakan peniaga di sini senang didekati dan membuatkan kami selesa untuk berkomunikasi walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat. Mereka sangat teruja dengan kedatangan kami sebagai pelancong Malaysia.

Jika berkunjung ke Muslim Street, pasti anda anda akan teruja kerana terdapat sebuah masjid di penghujung kawasan ini.

Masjid kota lama atau dikenali dengan Masjid Besar Xi'an, mempunyai sejarah tersendiri. Inilah antara 13 masjid yang terdapat di sekitar bandar Xi'an. Ianya boleh memuatkan seramai 1,000 orang jemaah dalam masa yang sama.

Secara kebetulan, kami tiba di masjid ini ketika mereka hendak menunaikan solat jumaat. Tetapi kaum wanita tidak dibenarkan solat di dalam masjid ini.


Mewawancara pelancong dari Sweden yang beragama Islam

Selesai solat jumaat, kami berpeluang berkenalan dengan pelancong dari Sweden yang beragama Islam. Beliau berusia 70 tahun dan gemar sentiasa memilih negara China sebagai pilihan destinasi bercuti.

Sebagai pelancong, beliau berpendapat China adalah destinasi menarik untuk dilawati bagi pelancong muslim kerana kepelbagaian makanan halal dan masyarakat muslim yang sangat mesra.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China